Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Manusia yang paling tidak mengambil manfaat terhadap orang alim

Teks Bahasa Arab

أزْهَدُ النَّاسِ فِي العالِمِ أهْلُهُ وَجِيرانُهُ.

Teks Bahasa Melayu

Manusia yang paling tidak mengambil manfaat terhadap orang alim adalah ahli keluarga dan jirannya.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin al-Siddiq al-Ghumari (m. 1380H) dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Mughir ‘ala al-Ahadith al-Mawdu‘ah fi al-Jami‘ al-Saghir, di halaman 15, hadis no. 64. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

Abu Nu'aim turut meriwayatkannya dalam al-Tarikh daripada Abu Hurairah. Kesemuanya itu tidak sahih, bahkan ia hadith palsu sebagaimana kata Ibn al-Jawzi. Asal kata-kata tersebut adalah daripada Taurat sebagaimana diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam kitab al-Kuna daripada Ka'b al-Ahbar. Ibn 'Abd al-Bar turut meriwayatkannya dalam kitab al-'Ilm daripada 'Urwah bin al-Zubair melalui kata-kata beliau. Demikian juga diriwayatkan daripada al-Hasan melalui kata-katanya juga. Lalu, perawi-perawi dha'if mengambilnya dan meriwayatkannya secara marfu' dengan sanad mereka kepada Nabi SAW.

Rujukan

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.