Manusia yang paling teruk seksaan azab pada hari kiamat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أشد الناس – يعني عذابا – يوم القيامة؛ من قتل نبيا، أو قتله نبي، أو قتل أحد والديه، والمصورون، وعالم لم ينتفع بعلمه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Manusia yang paling teruk seksaan azab pada hari kiamat adalah orang yang membunuh nabi atau dibunuh oleh nabi atau orang yang telah membunuh salah seorang ibubapanya, orang yang membuat ukiran patung, dan orang alim yang tidak memanfaatkan ilmunya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1315, hadis nombor 6713. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: أشد الناس – يعني عذابا – يوم القيامة؛ من قتل نبيا، أو قتله نبي، أو قتل أحد والديه، والمصورون، وعالم لم ينتفع بعلمه.
[الهمداني في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (١٦١٧)].

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Manusia yang paling teruk seksaan azab pada hari kiamat adalah orang yang membunuh nabi atau dibunuh oleh nabi atau orang yang telah membunuh salah seorang ibubapanya, orang yang membuat ukiran patung, dan orang alim yang tidak memanfaatkan ilmunya.
[Riwayat al-Hamdani dalam al-Fawa'id. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1617].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.