Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أشدُّ النَّاسِ - يعني عذابًا - يومَ القيامةِ، مَن قتلَ نبيًّا، أو قتلَهُ نبيٌّ، أو قَتلَ أحدَ والديهِ، والمصوِّرونَ وعالِمٌ لم ينتفِعْ بعلمِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Manusia yang paling teruk seksaan azab pada hari kiamat adalah orang yang membunuh nabi atau dibunuh oleh nabi atau orang yang telah membunuh salah seorang ibubapanya, orang yang membuat ukiran patung, dan orang alim yang tidak memanfaatkan ilmunya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1315, hadis no. 6713. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: أشد الناس - يعني عذابا - يوم القيامة؛ من قتل نبيا، أو قتله نبي، أو قتل أحد والديه، والمصورون، وعالم لم ينتفع بعلمه. [الهمداني في ((الفوائد))، ((الضعيفة)) (١٦١٧)].
(Sangat Lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Manusia yang paling teruk seksaan azab pada hari kiamat adalah orang yang membunuh nabi atau dibunuh oleh nabi atau orang yang telah membunuh salah seorang ibubapanya, orang yang membuat ukiran patung, dan orang alim yang tidak memanfaatkan ilmunya. [Riwayat al-Hamdani dalam al-Fawa'id. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1617].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman