Manusia yang paling teruk azabnya pada hari kiamat

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

أشد الناس عذابا يوم القيامة من يُري الناس أنَّ فيه خيرا ولا خير فيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Manusia yang paling teruk azabnya pada hari kiamat ialah yang menunjukkan kepada manusia lain bahawa dalam dirinya ada kebaikan sedangkan tiada kebaikan langsung padanya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2006, hadis nombor 10063. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: أشد الناس عذابا يوم القيامة من ‌يُري ‌الناس أنَّ فيه خيرا ولا خير فيه.
[السلمي في ((الأربعين في أخلاق الصوفية))، فر، ((الضعيفة)) (2782)]

(Palsu)
Daripada ibn Umar RHuma secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: Manusia yang paling teruk azabnya pada hari kiamat ialah yang menunjukkan kepada manusia lain bahawa dalam dirinya ada kebaikan sedangkan tiada kebaikan langsung padanya.
[Riwayat al-Sulami dalam kitab al-Arba’ein fi Akhlaq al-Sufiyyah dan kitab al-Firdaus oleh al-Dailamy. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2782]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.