Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أشدُّ الناسِ عذابًا يومَ القيامةِ منْ يرى الناسُ أنَّ فيهِ خيرًا ولاَ خيرَ فيهِ.
Teks Bahasa Melayu
Manusia yang paling teruk azabnya pada hari kiamat ialah yang menunjukkan kepada manusia lain bahawa dalam dirinya ada kebaikan sedangkan tiada kebaikan langsung padanya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2006, hadis no. 10063. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر – رضي الله عنهما – مرفوعا: أشد الناس عذابا يوم القيامة من يُري الناس أنَّ فيه خيرا ولا خير فيه. [السلمي في ((الأربعين في أخلاق الصوفية))، فر، ((الضعيفة)) (2782)]
(Palsu) Daripada Ibn Umar RHuma secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: Manusia yang paling teruk azabnya pada hari kiamat ialah yang menunjukkan kepada manusia lain bahawa dalam dirinya ada kebaikan sedangkan tiada kebaikan langsung padanya. [Riwayat al-Sulami dalam kitab al-Arba’ein fi Akhlaq al-Sufiyyah dan kitab al-Firdaus oleh al-Dailamy. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2782]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman