Manusia yang paling selamat Islamnya adalah orang Islam yang selamat daripada (kejahatan) lidah dan tangannya

TEKS BAHASA ARAB

أسلم الناس إسلاما من سلم المسلمون من لسانه ويده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Manusia yang paling selamat Islamnya adalah orang Islam yang selamat daripada (kejahatan) lidah dan tangannya.

STATUS

Syaz

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 39, hadis nombor 154. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(شاذ) عن جابر بن عبد الله – رضي الله عنهما – قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((أسلم الناس إسلاما من سلم المسلمون من لسانه ويده)).
[حب، ((الضعيفة)) (2767)]

(Syaz) Daripada Jābir ibn ‘Abdullah RA beliau telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Manusia yang paling selamat Islamnya adalah orang Islam yang selamat daripada (kejahatan) lidah dan tangannya.
[Riwayat Ibn Ḥibbān dalam Ṣaḥīḥnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2767]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs