Manusia yang paling rugi pada hari kiamat adalah lelaki yang mampu untuk menuntut ilmu di dunia tetapi tidak melakukannya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أشدّ النّاس حسرة يوم القيامة رجل أمكنه طلب العلم في الدّنيا فلم يطلبه ورجل علم علما فانتفع به من سمعه منه دونه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Manusia yang paling rugi pada hari kiamat adalah lelaki yang mampu untuk menuntut ilmu di dunia tetapi tidak melakukannya, lelaki yang mengetahui ilmu lalu mengambil manfaat sesiapa yang mendengar darinya tetapi tidak bermanfaat untuk dirinya sendiri.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 290, hadis nombor 65. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن عساكر: منكر.

Ibn ‘Asakir berkata : Hadith ini mungkar.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs