Manusia yang paling mulia ialah Yusuf bin Ya’kub bin Ishak yang merupakan sembelihan Allah

TEKS BAHASA ARAB

أكرم الناس يوسف بن يعقوب بن إسحاق ذبيح الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Manusia yang paling mulia ialah Yusuf bin Ya’kub bin Ishak yang merupakan sembelihan Allah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1653, hadis nombor 8347. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه- مرفوعا: ((أكرمُ النَّاسِ يوسفُ بنُ يعقوبَ بنِ إسحاقَ، ذبيحُ اللهِ)). [طب، ((الضعيفة)) (334)].

(Munkar)
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Manusia yang paling mulia ialah Yusuf bin Ya’kub bin Ishak yang merupakan sembelihan Allah)).
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 334].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.