Manusia yang paling meminggirkan orang alim adalah ahli keluarga dan jirannya

TEKS BAHASA ARAB

أزهد الناس في العالم أهله وجيرانه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Manusia yang paling meminggirkan orang alim adalah ahli keluarga dan jirannya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1250, hadis nombor 6381. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
أزهد الناس في العالم أهله وجيرانه. روي من حديث جابر، وأبي الدرداء، وأبي هريرة رضي الله عنهم.
[عد، فر، ابن عساكر، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (2750)]

(Palsu)
Manusia yang paling meminggirkan orang alim adalah ahli keluarga dan jirannya. Diriwayatkan melalui hadith Jabir RA, Abi al-Darda’ RA, dan Abi Hurairah RA.
[Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa', al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, Ibn 'Asakir, Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2750]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs