Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أزهدُ الناسِ في عالمٍ أهلُهُ وجيرانُه.
Teks Bahasa Melayu
Manusia yang paling meminggirkan orang alim adalah ahli keluarga dan jirannya.
Sahabat Perawi
- Abu al-Darda' RA
- Abu Hurairah RA
- Jabir RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1250, hadis no. 6381. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) أزهد الناس في العالم أهله وجيرانه. روي من حديث جابر، وأبي الدرداء، وأبي هريرة رضي الله عنهم. [عد، فر، ابن عساكر، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (2750)]
(Palsu) Manusia yang paling meminggirkan orang alim adalah ahli keluarga dan jirannya. Diriwayatkan melalui hadith Jabir RA, Abi al-Darda' RA, dan Abi Hurairah RA. [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa', al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws, Ibn 'Asakir, Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2750]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman