Manusia yang paling kaya adalah yang mendampingi al-Quran, dan yang menjadikan kalimah Allah berada di kerongkongnya

TEKS BAHASA ARAB

أغنى الناس حملة القرآن؛ من جعله الله في جوفه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Manusia yang paling kaya adalah yang mendampingi al-Quran, dan yang menjadikan kalimah Allah berada di kerongkongnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1575, hadis nombor 7969. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أبي ذر عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال لأصحابه: ((أي الناس أغنى))؟ قالوا: أبو سفيان بن حرب، قال آخر: عبد الرحمن بن عوف، قال آخر: عثمان بن عفان. فقال النبي صلى الله عليه وسلم: ((أغنى الناس حملة القرآن؛ من جعله الله في جوفه)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7145))].

(Palsu)
Daripada Abu Dzar, daripada Nabi SAW bahawa sesungguhnya baginda bertanya kepada sahabat baginda: “Manusia yang manakah yang paling kaya?” Lalu mereka menjawab: Abu Sufyan bin Harb RA, yang lain pula menjawab: ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf RA, yang lain pula menjawab: Uthman bin Affan RA. Lalu Nabi SAW bersabda: “Manusia yang paling kaya adalah yang mendampingi al-Quran, dan yang menjadikan kalimah Allah berada di kerongkongnya”. [Riwayat Ibn Asakir, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.7145].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs