Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أغنى الناسِ حملةُ القرآنِ؛ من جعله اللهُ في جوفِه.
Teks Bahasa Melayu
Manusia yang paling kaya adalah yang mendampingi al-Quran, dan yang menjadikan kalimah Allah berada di kerongkongnya.
Sahabat Perawi
- Abu Dzar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1575, hadis no. 7969. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي ذر عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال لأصحابه: ((أي الناس أغنى))؟ قالوا: أبو سفيان بن حرب، قال آخر: عبد الرحمن بن عوف، قال آخر: عثمان بن عفان. فقال النبي صلى الله عليه وسلم: ((أغنى الناس حملة القرآن؛ من جعله الله في جوفه)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (7145))].
(Palsu) Daripada Abu Dzar, daripada Nabi SAW bahawa sesungguhnya baginda bertanya kepada sahabat baginda: “Manusia yang manakah yang paling kaya?” Lalu mereka menjawab: Abu Sufyan bin Harb RA, yang lain pula menjawab: 'Abd al-Rahman bin ‘Auf RA, yang lain pula menjawab: Uthman bin Affan RA. Lalu Nabi SAW bersabda: “Manusia yang paling kaya adalah yang mendampingi al-Quran, dan yang menjadikan kalimah Allah berada di kerongkongnya”. [Riwayat Ibn Asakir, lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.7145].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman