TEKS BAHASA ARAB
أبعد الناس من الله يوم القيامة القاضي الذي يخالف إلى غير ما يأمر به.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Manusia yang paling jauh daripada Allah pada hari kiamat adalah seorang kadi (hakim) yang menyelisihi (bertindak berlawanan) apa yang dia perintahkan.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 29, hadis nombor 98. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((أبعد الناس من الله يوم القيامة القاضي الذي يخالف إلى غير ما يأمر به)).
[فر، ((الضعيفة)) (2091)]
(Sangat Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Manusia yang paling jauh daripada Allah pada hari kiamat adalah seorang kadi (hakim) yang menyelisihi (bertindak berlawanan) apa yang dia perintahkan.
[Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.2091]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.