Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَبْعَدُ الناس من الله يومَ القيامة القاضي الذي يُخَالِفُ إلى غيرِ مَا يَأمُرُ بِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Manusia yang paling jauh daripada Allah pada hari kiamat adalah seorang kadi (hakim) yang menyelisihi (bertindak berlawanan) apa yang dia perintahkan.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 29, hadis no. 98. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((أبعد الناس من الله يوم القيامة القاضي الذي يخالف إلى غير ما يأمر به)). [فر، ((الضعيفة)) (2091)]
(Terlalu Daif) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Manusia yang paling jauh daripada Allah pada hari kiamat adalah seorang kadi (hakim) yang menyelisihi (bertindak berlawanan) apa yang dia perintahkan. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.2091]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman