Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أشدُّ النَّاسِ بلاءً في الدُّنيا نبيٌّ أو صفيٌّ.
Teks Bahasa Melayu
Manusia yang paling dahsyat ujian di dunia ialah Nabi atau orang yang suci.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1394, hadis no. 7076. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا) عن أزواج النبي صلى الله عليه وسلم: قال صلى الله عليه وسلم: أشد الناس بلاء في الدنيا نبي أو صفي. [تخ، ((الضعيفة)) (7013)]
(Sangat munkar) Daripada para isteri Nabi SAW, Baginda bersabda: Manusia yang paling dahsyat ujian di dunia ialah Nabi atau orang yang suci. [Riwayat al-Bukhari dalam al-Tarikh al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 7013]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman