Manusia yang paling dahsyat dikenakan azab ialah seorang alim

TEKS BAHASA ARAB

حديث: أشد الناس عذابا عالم لم ينفعه الله بعلمه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Manusia yang paling dahsyat dikenakan azab ialah seorang alim yang mana Allah tidak memberikan manfaat dengan ilmunya itu.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 288, hadis nombor 55. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه الطبراني والبيهقي. قال في المختصر: ضعيف.

Diriwayatkan oleh Al-Tabarani dan al-Baihaqi. Al-Firuzabadi berkata di dalam al-Mukhtasar: hadith ini dhaif.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs