Manusia yang paling celaka ada tiga

TEKS BAHASA ARAB

أشقى الناس ثلاثة: عاقر ناقة ثمود، وابن آدم الذي قتل أخاه، ما سفك على الأرض من دم إلا لحقه منه؛ لأنه أول من سن القتل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Manusia yang paling celaka ada tiga: Penyembelih unta betina Thamud, anak Adam AS yang telah membunuh saudaranya, tiada darah yang ditumpahkan di atas bumi ini melainkan bersangkut paut dengannya; kerana dialah yang memulakan perbuatan membunuh (di atas bumi ini).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1802, hadis nombor 9080. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبدالله بن عمرو – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((أشقى الناس ثلاثة: عاقر ناقة ثمود، وابن آدم الذي قتل أخاه، ما سفك على الأرض من دم إلا لحقه منه؛ لأنه أول من سن القتل)). [حل، الواحدي في ((الوسيط))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1987)]

(Lemah) Daripada Abdullah bin ‘Amru RA berkata, Nabi SAW bersabda: "Manusia yang paling celaka ada tiga: Penyembelih unta betina Thamud, anak Adam AS yang telah membunuh saudaranya, tiada darah yang ditumpahkan di atas bumi ini melainkan bersangkut paut dengannya; kerana dialah yang memulakan perbuatan membunuh (di atas bumi ini)." [Riwayat Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’, al-Wahidi dalam al-Wasit dan Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1987]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs