Manusia yang paling bersyukur kepada Allah adalah mereka yang paling bersyukur kepada manusia yang lain

TEKS BAHASA ARAB

أشكر الناس لله عز وجل: أشكرهم للناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Manusia yang paling bersyukur kepada Allah adalah mereka yang paling bersyukur/berterima kasih kepada manusia yang lain.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1500, hadis nombor 7652. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) ((أَشْكُرَ النَّاسِ لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ: أَشْكَرُهُمْ لِلنَّاسِ)). روي من حديث الأشعث بن قيس، وأسامة بن زيد، وعبد الله ابن مسعود. [الطيالسي، حم، طب، الطبري في ((التهذيب))، حديث ابن مسعود عزاه السيوطي لابن عدي، ((الضعيفة)) (5339)].

(Daif)
(Manusia yang paling bersyukur kepada Allah adalah mereka yang paling bersyukur/berterima kasih kepada manusia yang lain)". Diriwayatkan daripada hadith al-Ash’ath Bin Qays, Usamah Bin Zaid dan Abdullah Bin Mas’ud RA. [Riwayat al-Toyalisi, Ahmad di dalam Musnadnya ,al-Tabarani dalam al-Kabir, al-Tabari di dalam al-Tahzib. Hadith Ibn Mas’ud, al-Suyuti menyandarkannya kepada Ibn ‘Adiy. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5339].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs