Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أَشْكَرُ النَّاسِ لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ: أَشْكَرُهُمْ لِلنَّاسِ.
Teks Bahasa Melayu
Manusia yang paling bersyukur kepada Allah adalah mereka yang paling bersyukur/berterima kasih kepada manusia yang lain.
Sahabat Perawi
- Ash’ath Bin Qays
- Usamah Bin Zaid dan Abdullah Bin Mas’ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1500, hadis no. 7652. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) ((أَشْكُرَ النَّاسِ لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ: أَشْكَرُهُمْ لِلنَّاسِ)). روي من حديث الأشعث بن قيس، وأسامة بن زيد، وعبد الله ابن مسعود. [الطيالسي، حم، طب، الطبري في ((التهذيب))، حديث ابن مسعود عزاه السيوطي لابن عدي، ((الضعيفة)) (5339)].
(Daif) (Manusia yang paling bersyukur kepada Allah adalah mereka yang paling bersyukur/berterima kasih kepada manusia yang lain)". Diriwayatkan daripada hadith al-Ash’ath Bin Qays, Usamah Bin Zaid dan Abdullah Bin Mas’ud RA. [Riwayat al-Toyalisi, Ahmad di dalam Musnadnya ,al-Tabarani dalam al-Kabir, al-Tabari di dalam al-Tahzib. Hadith Ibn Mas’ud, al-Suyuti menyandarkannya kepada Ibn ‘Adiy. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5339].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman