Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أشدُّ النَّاسِ - يعني عذابًا - يومَ القيامةِ، مَن قتلَ نبيًّا، أو قتلَهُ نبيٌّ، أو قَتلَ أحدَ والديهِ، والمصوِّرونَ، وعالِمٌ لم ينتفِعْ بعلمِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Manusia yang paling berat seksaan pada hari kiamat kelak adalah orang membunuh nabi, atau dibunuh oleh para nabi, atau membunuh salah seorang ibubapanya, orang yang membuat ukiran patung dan orang alim yang tidak mengambil manfaat terhadap ilmunya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1242, hadis no. 6339. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Sangat Lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA secara marfu': Manusia yang paling berat seksaan pada hari kiamat kelak adalah orang membunuh nabi, atau dibunuh oleh para nabi, atau membunuh salah seorang ibubapanya, orang yang membuat ukiran patung dan orang alim yang tidak mengambil manfaat terhadap ilmunya. [Riwayat Abu al-Qasim al-Hamdani dalam al-Fawaid. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1617]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman