TEKS BAHASA ARAB
أشد الناس عذابا يوم القيامة، عالم لم ينفعه علمه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Manusia yang paling berat seksaan pada hari kiamat kelak adalah orang alim yang ilmunya tidak dapat memberikannya manfaat.
STATUS
Sangat Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1242, hadis nombor 6338. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف الإسناد جدا)
عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: أشد الناس عذابا يوم القيامة، عالم لم ينفعه علمه.
[طص، ((الضعيفة)) (1634)]
(Sanad yang Sangat Lemah)
Daripada Abi Hurairah RA secara marfu’: Manusia yang paling berat seksaan pada hari kiamat kelak adalah orang alim yang ilmunya tidak dapat memberikannya manfaat.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Saghir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1634]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.