Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أشدُّ الناسِ عذابًا يومَ القيامةِ، عالِمٌ لم يَنفَعْه عِلمُه.
Teks Bahasa Melayu
Manusia yang paling berat seksaan pada hari kiamat kelak adalah orang alim yang ilmunya tidak dapat memberikannya manfaat.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1242, hadis no. 6338. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف الإسناد جدا) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: أشد الناس عذابا يوم القيامة، عالم لم ينفعه علمه. [طص، ((الضعيفة)) (1634)]
(Sanad yang Sangat Lemah) Daripada Abi Hurairah RA secara marfu': Manusia yang paling berat seksaan pada hari kiamat kelak adalah orang alim yang ilmunya tidak dapat memberikannya manfaat. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Saghir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1634]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman