Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أكثرُ الناسِ ذُنوبًا، أكثرُهم كلامًا فيما لا يَعْنِيهِ.
Teks Bahasa Melayu
Manusia yang paling banyak dosa ialah mereka yang banyak bercakap dalam perkara yang tidak berkaitan dengan dirinya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2007, hadis no. 10070. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: أكثر الناس ذنوبا، أكثرهم كلاما فيما لا يعنيه. [فر، ((الضعيفة)) (2891)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ – dinisbahkan kepada Nabi SAW: Manusia yang paling banyak dosa ialah mereka yang banyak bercakap dalam perkara yang tidak berkaitan dengan dirinya. [Riwayat al-Dailamy dalam kitab al-Firdaus.. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2891]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman