Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أحسنُ الناسِ قراءةً من إذا قرأ القرآنَ يَتَحَزَّنُ به.
Teks Bahasa Melayu
Manusia yang paling bagus bacaannya adalah orang yang apabila membaca al-Qur'an, dia buat-buat sedih bacaannya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1423, hadis no. 7226. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنه مرفوعا: أحسن الناس قراءة من إذا قرأ القرآن يتحزن به. [طب، ((الضعيفة)) (1882)]
(Lemah) Daripada Ibn 'Abbas RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Manusia yang paling bagus bacaannya adalah orang yang apabila membaca al-Qur'an, dia buat-buat sedih bacaannya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1882]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman