Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إذا تمنى أحدُكم، فلْيَنْظُرْ ماذا يتمنى، فإنه لا يدري ما يُكْتَبُ من أُمْنِيَّتِه.
Teks Bahasa Melayu
Apabila seseorang dalam kalangan kamu mempunyai cita-cita, maka lihatlah apa yang dia cita-citakan, kerana dia tidak mengetahui apa yang ditulis (ditakdirkan) tentang cita-citanya.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1993, hadis no. 9984. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه - مرفوعا: ((إذا تمنى أحدكم، فلينظر ماذا يتمنى، فإنه لا يدري ما يكتب من أمنيته)). [الطيالسي، حم، خد، ت، ع، عد، هب، ((الضعيفة)) (2255)]
(Lemah) Daripada Abu Hurairah RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Apabila seseorang dalam kalangan kamu mempunyai cita-cita, maka lihatlah apa yang dia cita-citakan, kerana dia tidak mengetahui apa yang ditulis (ditakdirkan) tentang cita-citanya. [Riwayat al-Tayalisi, Musnad Ahmad bin Hanbal, al-Bukhārī dalam al-Adab al-Mufrad, Sunan al-Tirmiẓī, Musnad Abi Ya’la, Ibnī ‘Adī dalam al-Kamil fi al-Du’afa, dan al-Bayhaqī dalam Syu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Dai’fah no. 2255]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman