Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Manusia saling berhubung dengan lidah mereka, sedangkan hati mereka saling berjauhan

Teks Bahasa Arab

يوشكُ أن يظهرَ الجهلُ، ويخزنَ العلمُ، ويتواصلَ الناسُ بألسنتِهمُ، ويتباعدونَ بقلوبهمُ، فإذا فعلوا ذلكَ؛ طبعَ اللهُ على قلوبهمُ وسمعِهمُ وأبصارِهمُ.

Teks Bahasa Melayu

Hampir akan datang satu zaman kejahilan akan muncul dan tersimpannya ilmu, manusia saling berhubung dengan lidah mereka, sedangkan hati mereka saling berjauhan. Apabila mereka melakukan hal sedemikian, Allah tutup hati mereka, pendengaran mereka dan penglihatan mereka.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1373, hadis no. 6996. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر رضي الله عنهما، قال: قال رسول الله ﷺ: يوشك أن يظهر الجهل، ويخزن العلم، ويتواصل الناس بألسنتهم، ويتباعدون بقلوبهم، فإذا فعلوا ذلك؛ طبع الله على قلوبهم وسمعهم وأبصارهم. [طب، أبو يعلى في ((المعجم))، ((الضعيفة)) (5528)]

(Palsu) Daripada Ibn Umar RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Hampir akan datang satu zaman kejahilan akan muncul dan tersimpannya ilmu, manusia saling berhubung dengan lidah mereka, sedangkan hati mereka saling berjauhan. Apabila mereka melakukan hal sedemikian, Allah tutup hati mereka, pendengaran mereka dan penglihatan mereka. [Riwayat al-Tabarani dalam Mu'jam al-Kabir, Abu Ya'la dalam al-Mu'jam. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5528]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.