Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Manusia paling penipu adalah para tukang celup kain dan tukang tempa logam

Teks Bahasa Arab

حديث: أكْذَبُ النَّاسِ الصَّبَّاغُونَ والصَّوَّاغونَ

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Manusia paling penipu adalah para tukang celup kain dan tukang tempa logam.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 53, hadis no. 58. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال ابن قيم الجوزية: الحس يرد هذا الحديث، فإن الكذب في غيرهم أضعافه فيهم كالرافضة.

Ibn Qayyim al-Jawziyyah berkata: Realiti menafikan hadis ini, sesungguhnya penipuan yang dilakukan oleh selain mereka lebih banyak lagi contohnya Rafidhah.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.