Manusia paling lapar adalah penuntut ilmu

TEKS BAHASA ARAB

أجوعُ الناس طالبُ العلم، وأشبعُهم الذي لا يبتغيه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Manusia paling lapar adalah penuntut ilmu dan manusia paling kenyang adalah orang yang tidak menginginkan ilmu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī (m. 1380H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr, di halaman 8, hadis nombor 20. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

al-Dailami telah meriwayatkannya melalui sanad Abu Nu'aim yang juga ada dalam al-Tarikh melalui jalur sanad Muhammad bin al-Harith daripada Ibn al-Bailamani daripada ayahnya daripada Ibn 'Umar, katanya: Rasulullah SAW pernah ditanya: "Siapakah manusia yang paling lapar?". Baginda menjawab: "Penuntut ilmu". Dikatakan: "Lalu siapakah pula yang paling kenyang?". Baginda menjawab: "Orang yang tidak menginginkannya". Beliau (al-Munawi) berkata: "al-Hafiz dalam Zahr al-Firdaws (menyebutkan): "Muhammad bin al-Harith dan gurunya adalah dua orang perawi dha'if". Saya berkata: Ini tidak mencukupi, bahkan Ibn al-Bailamani seorang kaki dusta. Muhammad bin al-Harith pula sampai sekarang saya tidak menemui status beliau. Tidak masuk akal seseorang bertanyakan soalan dangkal ini yang tidak terfikir melainkan dalam fikiran para pendusta yang dungu. Sepatutnya ditanya: "Siapakah manusia yang paling pendusta?", lalu dijawab: "Orang yang berdusta atas nama Rasulullah SAW”.

RUJUKAN

Aḥmad bin Al-Ṣiddīq al-Ghumārī. (2015). Al-Mughīr ‘Alā al-Aḥādīth al-Mawḍū‘ah Fī al-Jāmi‘ al-Ṣaghīr (2nd ed.). Maktabah al-Qahirah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.



beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs