Manusia paling bersyukur kepada Allah ‘Azza Wa Jalla

TEKS BAHASA ARAB

أشكر الناس لله عز وجل: أشكرهم للناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Manusia paling bersyukur kepada Allah ‘Azza Wa Jalla ialah manusia yang paling berterima kasih kepada manusia.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 95, hadis nombor 489. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
أشكر الناس لله عز وجل أشكرهم للناس. وقد روي من الحديث الأشعث بن قيس, وأسامة بن زيد، وعبدالله بن مسعود.
[الطيالسي، حم، طب، ابن جرير، عد، ((الضعيفة)) (5339)]

(Lemah)
Diriwayatkan oleh al-Ash‘ath ibn Qays, Usāmah ibn Zayd, dan ‘Abdullah ibn Mas‘ūd RA: ‘’Manusia paling bersyukur kepada Allah ‘Azza Wa Jalla ialah manusia yang paling berterima kasih kepada manusia.’’
[Diriwayatkan oleh al-Ṭayālisī dalam Musnadnya, Aḥmad dalam al-Musnad, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, Ibn Jarīr al-Ṭabarī dan Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5339]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs