Manusia menyebutmu dengan keburukan, tetapi aku menyebutmu dengan kebaikan

TEKS BAHASA ARAB

يثني عليك الناس شرا، فأثني عليك خيرا، فقال عمر: وما ذاك يا رسول الله، فقال صلى الله عليه وسلم: دعنا عنك يا عمر بن الخطاب من جاهد في سبيل الله، دخل الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Manusia menyebutmu dengan keburukan, tetapi aku menyebutmu dengan kebaikan. Lalu ‘Umar berkata: Apakah itu wahai Rasulullah? Baginda SAW bersabda: Tinggalkan kami wahai ‘Umar bin al-Khaṭṭāb! Sesiapa yang berjihad di jalan Allah, akan memasuki syurga.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 701, hadis nombor 3593. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي المنذر، قال: إن رجلا جاء إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسول الله! إن ‌فلانا ‌هلك؛ فصل عليه. فقال عمر: إنه فاجر؛ فلا تصل عليه. فقال الرجل: يا رسول الله! ألم تر الليلة التي صبحت فيها في الحرس؛ فإنه كان فيهم؟! فقام رسول الله صلى الله عليه وسلم فصلى عليه، ثم تبعه، حتى إذا جاء قبره؛ قعد، حتى إذا فرغ منه؛ حثا عليه ثلاث حثيات، ثم قال: ((يثني عليك الناس شرا؛ فأثني عليك خيرا)). فقال عمر: وما ذاك يا رسول الله!؟ فقال صلى الله عليه وسلم: ((دعنا عنك يا عمر بن الخطاب! من جاهد في سبيل الله؛ دخل الجنة)). [طب، أبو داود في ((المراسيل))، هق، ((الضعيفة)) (٦٦١٦)]

(Munkar) Daripada Abū al-Mundzir, beliau berkata: Sesungguhnya seorang lelaki datang kepada Nabi SAW dan berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya seorang lelaki telah meninggal dunia, solatlah ke atas jenazahnya. Lalu ‘Umar berkata: Dia merupakan seorang yang banyak melakukan dosa, jangan solatkan jenazahnya. Lalu lelaki itu berkata: Wahai Rasulullah! Tidakkah engkau melihat pada malam ketika engkau bangun padanya dalam pengawalan (jihad), sesungguhnya dia ada dalam kalangan mereka? Lalu Rasulullah SAW bangun dan menyembahyangkannya, kemudian mengikuti jenazahnya. Apabila baginda mengikuti jenazahnya, baginda duduk. Apabila baginda telah selesai, baginda menaburkan tanah ke atasnya sebanyak tiga kali dan berkata: Manusia menyebutmu dengan keburukan, tetapi aku menyebutmu dengan kebaikan. Lalu ‘Umar berkata: Apakah itu wahai Rasulullah? Baginda SAW bersabda: Tinggalkan kami wahai ‘Umar bin al-Khaṭṭāb! Sesiapa yang berjihad di jalan Allah, akan memasuki syurga. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, Abū Daūd dalam al-Marāsīl, al-Baihaqī dalam al-Sunan al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6616]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs