Manusia menunggang kuda, memakai Qubati dan pergi ke Syam

TEKS BAHASA ARAB

إذا ركب الناس الخيل، ولبسوا القباطي، ونزلوا الشام، واكتفى الرجال بالرجال، والنساء بالنساء؛ عمهم الله بعقوبة من عنده.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Apabila manusia menunggang kuda, dan mereka memakai Qubati (sejenis pakaian), pergi ke Syam, dan lelaki hanya mendatangi lelaki, dan wanita hanya mendatangi wanita. Allah akan jatuhkan hukuman (azab) kepada mereka semua di sisi-Nya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1373, hadis nombor 6997. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن أنس: أنه سمع النبي ﷺ يقول: إذا ركب الناس الخيل، ولبسوا القباطي، ونزلوا الشام، واكتفى الرجال بالرجال، والنساء بالنساء؛ عمهم الله بعقوبة من عنده.
[عد، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6076)]

(Palsu)
Daripada Anas RA bahawa beliau telah mendengar Nabi SAW bersabda: Apabila manusia menunggang kuda, dan mereka memakai Qubati (sejenis pakaian), pergi ke Syam, dan lelaki hanya mendatangi lelaki, dan wanita hanya mendatangi wanita. Allah akan jatuhkan hukuman (azab) kepada mereka semua di sisi-Nya.
[Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du'afa' dan Ibn 'Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6076]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs