Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
((يُثني عليك الناسُ شرًّا؛ فأثُني عليك خيرًا))، فقال عمرُ: وما ذاك يا رسولَ اللهِ؟! فقال - صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ -: ((دعْنا عنك يا عمرُ بنَ الخطابِ! من جاهدَ في سبيل الله، دخل الجنةَ)).
Teks Bahasa Melayu
"Manusia mengingati dirimu dengan sekian-sekian keburukan, namun sesungguhnya aku mengingati dengan sekian besar kebaikan". Maka ‘Umar pun bertanya: “Apakah kebaikan tersebut, wahai Rasulullah?” Lantas, Baginda bersabda: “Biarkanlah kami, wahai ‘Umar bin al-Khattab! Janganlah kamu membantahnya. Sesungguhnya sesiapa yang berperang di jalan Allah, pasti dia masuk syurga.”
Sahabat Perawi
- Abu al-Munzir
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1032, hadis no. 5292. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي المنذر، قال: إنّ رجلا جاء إلى النّبي فقال: يا رسول الله! إنّ فلانا هلك، فصلّ عليه. فقال عمر: إنّه فاجر؛ فلا تصلّ عليه. فقال الرجل: يا رسول الله! ألم تر الليلة صبحت فيها في الحرس؛ فإنّه كان فيهم؟! فقام رسول الله - صلى الله عليه وسلم - فصلّ عليه، ثم تبعه، حتى إذا جاء قبره؛ قعد، حتى إذا فرغ منه؛ حثا عليه ثلاث حثيات، ثم قال: ((يثني عليك النّاس شرّا؛ فأثني عليك خيرا)). فقال عمر: وما ذاك يا رسول الله؟! فقال - صلى الله عليه وسلم -: دعنا عنك يا عمر بن الخطاب! من جاهد في سبيل الله، دخل الجنّة)). [طب، ((الضعيفة)) (6616)].
(Munkar) Daripada Abu al-Mundhir (beliau) berkata: Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW kemudian dia berkata: “Wahai Rasulullah, ada seorang lelaki telah meninggal dunia, solatkanlah jenazahnya.” Lantas ‘Umar berkata: “Sesungguhnya orang (yang mati) itu lelaki yang jahat, janganlah tuan mensolatkan jenazahnya.” Kemudian, lelaki tadi berkata: “Wahai Rasulullah, ingatkah tuan pada suatu malam tuan berehat kemudian berpagian dalam keadaan aman dipelihara sebuah pasukan, sesungguhnya lelaki tersebut merupakan salah seorang daripada ahli pasukan tersebut!” Lantas, Rasulullah pun segera bangkit dan mensolatkan jenazah lelaki tersebut, kemudian menurutinya hingga ke perkuburan. Apabila tiba di kuburnya, Baginda duduk sejenak sehingga Baginda selesai, Baginda pun mengais tanah (di atas kubur itu) dengan tiga kali kuisan, kemudian Baginda bersabda: “Manusia mengingati dirimu dengan sekian-sekian keburukan, namun sesungguhnya aku mengingati dengan sekian besar kebaikan.” Maka ‘Umar pun bertanya: “Apakah kebaikan tersebut, wahai Rasulullah?” Lantas, Baginda bersabda: “Biarkanlah kami, wahai ‘Umar bin al-Khattab! Janganlah kamu membantahnya. Sesungguhnya sesiapa yang berperang di jalan Allah, pasti dia masuk syurga.” [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 6616].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman