Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
يُثْنِي عَلَيْكَ النَّاشُ شَرًّاً، فَأُثْنِي عَلَيْكَ خَيْرًاً. فَقَالَ عُمَرُ: وَمَا ذَاكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ!؟ فَقَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: دَعْنَا عَنْك يَا عُمَرُ بْنَ الْخَطَّابِ! مَنْ جَاهِدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، دَخَلَ الْجَنَّةَ.
Teks Bahasa Melayu
Manusia memujimu dengan keburukan, tetapi aku memujimu dengan kebaikan. Maka Umar berkata: "Apakah maksudnya (dari ucapanmu itu) wahai Rasulullah?!" Rasulullah SAW menjawab: Biarkan kami wahai Umar Bin al-Khattab! Barang siapa yang berjihad di jalan Allah, dia masuk syurga.
Sahabat Perawi
- Abu al-Mundzir
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1769, hadis no. 8907. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Munkar) Daripada Abu al-Mundzir, beliau berkata: Sesungguhnya seorang lelaki datang kepada Nabi SAW lalu berkata: "Wahai Rasulullah! Sesungguhnya si fulan itu telah dibinasakan (meninggal dunia), maka solatlah ke atasnya." Umar berkata: "Dia merupakan orang yang jahat, maka janganlah solat untuknya." Lalu lelaki itu berkata : "Wahai Rasulullah! Tidakkah kamu melihat ketika malam yang kamu berpagian padanya ketika waktu pengawalan (jihad), sesungguhnya dia salah seorang yang bersama mereka mengawal. Maka Rasulullah SAW bangun dan mendirikan solat untuknya, kemudian baginda mengiringinya sehinggalah baginda sampai ke kuburnya dan duduk sehinggalah Baginda selesai daripadanya. Baginda menaburkan (tanah) ke atasnya sebanyak tiga kali. Kemudian baginda berkata: ((Manusia memujimu dengan keburukan, tetapi aku memujimu dengan kebaikan.)) Maka Umar berkata: "Apakah maksudnya (dari ucapanmu itu) wahai Rasulullah?!" Rasulullah SAW menjawab: ((Biarkan kami wahai Umar Bin al-Khattab! Barang siapa yang berjihad di jalan Allah, dia masuk syurga.)) [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 6616].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman