TEKS BAHASA ARAB
لا بد للناس من العريف، والعريف في النار؛ يؤتى بالجلواز يوم القيامة، فيقال له: ضع سوطك وادخل النار.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Manusia memerlukan pemimpin, dan pemimpin (yang zalim) itu di neraka. Akan didatangkan pengawal pada hari kiamat, lalu dikatakan kepadanya (pemimpin): Letakkan cemeti kamu dan masuklah ke dalam neraka (ini kerana kebanyakan pemimpin sering melampaui batas).
STATUS
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 852, hadis nombor 4365. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أنس-رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((لا بد للناس من العريف، والعريف في النار؛ يؤتى بالجلواز يوم القيامة، فيقال له: ضع سوطك وادخل النار)). [أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، ((الضعيفة)) (6068)].
(Munkar)
Daripada Anas RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Manusia memerlukan pemimpin, dan pemimpin (yang zalim) itu di neraka. Akan didatangkan pengawal pada hari kiamat, lalu dikatakan kepadanya (pemimpin): Letakkan cemeti kamu dan masuklah ke dalam neraka (ini kerana kebanyakan pemimpin sering melampaui batas).”
[Riwayat abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6068]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.