Manusia masuk dan keluar daripada agama Allah secara berduyun-duyun

TEKS BAHASA ARAB

‌إن الناس دخلوا في دين الله أفواجا، وسيخرجون منه أفواجا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya manusia pasti masuk dalam agama Allah secara berbondong-bondong (berduyun-duyun) dan mereka juga akan keluar daripadanya secara berbondong-bondong.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1328 – 1329, hadis nombor 6783. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

‌(ضعيف)
عن جار لجابر بن عبد الله قال: قدمت من سفر، فجاءني جابر بن عبد الله يسلم علي، فجعلت أحدثه عن افتراق الناس وما أحدثوا، فجعل جابر يبكي، ثم قال: سمعتُ رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: إن الناس دخلوا في دين الله أفواجاً، وسيخرجون منه أفواجاً.
[حم، ((الضعيفة)) (3153)]

(Lemah)
Daripada jiran kepada Jabir bin Abdullah, katanya: Aku baru tiba daripada satu perjalanan jauh, lalu Jabir bin Abdullah pun datang menemuiku, beliau memberi salam kepadaku. Aku pun menceritakan kepadanya tentang perpecahan manusia dan apa yang telah mereka lakukan (yang menyebabkan perpecahan itu), tiba-tiba Jabir menangis, kemudian beliau berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya manusia pasti masuk dalam agama Allah secara berbondong-bondong (berduyun-duyun) dan mereka juga akan keluar daripadanya secara berbondong-bondong.
[Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3153]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs