Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أبغَضُ خليقةِ اللَّهِ إليهِ يومَ القيامةِ: الكذَّابونَ والمستَكْبرونَ ، والَّذينَ يَكْنِزونَ البَغضاءَ لإخوانِهِم في صدورِهِم فإذا لَقوهم تملَّقوا لَهُم والَّذينَ إذا دُعوا إلى اللَّهِ وإلى رسولِهِ كانوا بِطاءً وإذا دُعوا إلى الشَّيطانِ وأمرِهِ ، كانوا سِراعًا.
Teks Bahasa Melayu
Manusia-manusia yang paling dibenci oleh Allah pada hari kiamat adalah para pendusta, orang yang takabur, dan orang yang menyimpan kebencian kepada saudara-mara di dalam hati; apabila dia bertemu dengan saudara-maranya, lalu, dia akan membuat perjanjian dengan mereka. Dan, golongan yang apabila diajak kepada Allah dan Rasul-Nya mereka akan lambat, manakala apabila diajak kepada syaitan dan urusannya mereka akan bersegera.
Sahabat Perawi
- Al-Wadin bin ‘Ata’
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 29, hadis no. 99. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Daif) Daripada al-Wadin bin ‘Ata’ secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Manusia-manusia yang paling dibenci oleh Allah pada hari kiamat adalah para pendusta, orang yang takabur, dan orang yang menyimpan kebencian kepada saudara-mara di dalam hati; apabila dia bertemu dengan saudara-maranya, lalu, dia akan membuat perjanjian dengan mereka. Dan, golongan yang apabila diajak kepada Allah dan Rasul-Nya mereka akan lambat, manakala apabila diajak kepada syaitan dan urusannya mereka akan bersegera. [Riwayat al-Khara’ithi dalam Masawi’ al-Akhlak, Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2396]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman