Sangat Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
أشدُّ الناسِ عذابًا يومَ القيامةِ رجلٌ قتلَ نبيًّا أوْ رجلًا أمر بالمعروفِ ونهى عنِ المنكرِ، ثم قرأ: ( إِنَّ الَّذِينَ يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ حَقٍّ وَيَقْتُلُونَ الَّذِينَ يَأْمُرُونَ بِالْقِسْطِ مِنَ النَّاسِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ (21) أُولَئِكَ الَّذِينَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمَا لَهُمْ مِنْ نَاصِرِينَ) ثم قال : يا أبا عبيدةَ ! قتلتْ بنو إسرائيلَ ثلاثةً وأربعينَ نبيًّا منْ أولِ النهارِ في ساعةٍ واحدةٍ، فقام مائةٌ واثنا عشرَ رجلًا من عُبَّادِ بني إسرائيلَ فأمرُوا من قتلهمْ بالمعروف ونهوهمْ عن المنكر، فقُتِلُوا جميعًا من آخرِ النهارِ في ذلك اليومِ، فهم الذينَ ذكرهُمُ اللهُ في كتابِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Manusia manakah yang paling teruk azabnya pada hari kiamat? Baginda bersabda: Seseorang yang telah membunuh seorang nabi atau seorang lelaki yang telah menyuruh kepada perkara makruf (kebaikan) dan menegah daripada perkara mungkar (kejahatan). Kemudian baginda membaca: {Sesungguhnya orang-orang yang mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para Nabi tanpa hak (alasan yang benar) serta membunuh orang-orang yang menyuruh manusia berbuat adil, sampaikanlah kepada mereka khabar gembira iaitu azab yang pedih. Mereka itulah orang-orang yang sia-sia pekerjaannya di dunia dan di akhirat dan mereka tidak memperoleh penolong. [Surah Ali 'Imran ayat 21-22]. Kemudian, baginda bersabda: Wahai Abu 'Ubaidah! Bani Israil telah membunuh seramai 43 orang nabi bermula awal siang hari pada masa yang sama. Lalu bangkitlah seramai 112 lelaki dalam kalangan ahli-ahli ibadah Bani Israil, lalu mereka menyuruh orang-orang yang telah membunuh para nabi agar melakukan perkara makruf dan melarang mereka daripada perkara mungkar, akibatnya mereka semua telah dibunuh pada akhir siang hari pada hari tersebut. Merekalah orang-orang yang telah Allah sebutkan dalam Kitab-Nya.
Sahabat Perawi
- Abu Ubaidah al-Jarrah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1326, hadis no. 6771. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر جدا) عن أبي عبيدة بن الجراح رضي الله عنه، قال: قلتُ لرسول الله صلى الله عليه وسلم أي الناس أشد عذابا يوم القيامة؟ قال: رجل قتل نبيا أو رجلا أمر بالمعروف ونهى عن المنكر، ثم قرأ: {إن الذين يكفرون بآيات الله ويقتلون النبين بغير حق ويقتلون الذين يأمرون بالقسط من} إلى أن انتهى إلى قوله: {وما لهم من ناصرين} ثم قال: يا أبا عبيدة! قتلت بنو إسرائيل ثلاثة وأربعين نبيا من أول النهار في ساعة واحدة، فقام مئة واثنا عشر رجلا من عباد بني إسرائيل فأمروا من قتلهم بالمعروف ونهوهم عن المنكر، فقتلوا جميعا من آخر النهار في ذلك اليوم؛ فهم الذين ذكرهم الله في كتابه. [ابن جرير، ابن أبي حاتم في ((التفسير))، الطائي أبو الفتوح في ((الأربعين في إرشاد السائرين))، ((الضعيفة)) (2783، 5461)]
(Sangat Munkar) Daripada Abi 'Ubaidah al-Jarrah RA telah berkata: Aku pernah berkata kepada Rasulullah SAW: Manusia manakah yang paling teruk azabnya pada hari kiamat? Baginda bersabda: Seseorang yang telah membunuh seorang nabi atau seorang lelaki yang telah menyuruh kepada perkara makruf (kebaikan) dan menegah daripada perkara mungkar (kejahatan). Kemudian baginda membaca: {Sesungguhnya orang-orang yang mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para Nabi tanpa hak (alasan yang benar) serta membunuh orang-orang yang menyuruh manusia berbuat adil, sampaikanlah kepada mereka khabar gembira iaitu azab yang pedih. Mereka itulah orang-orang yang sia-sia pekerjaannya di dunia dan di akhirat dan mereka tidak memperoleh penolong. [Surah Ali 'Imran ayat 21-22]. Kemudian, baginda bersabda: Wahai Abu 'Ubaidah! Bani Israil telah membunuh seramai 43 orang nabi bermula awal siang hari pada masa yang sama. Lalu bangkitlah seramai 112 lelaki dalam kalangan ahli-ahli ibadah Bani Israil, lalu mereka menyuruh orang-orang yang telah membunuh para nabi agar melakukan perkara makruf dan melarang mereka daripada perkara mungkar, akibatnya mereka semua telah dibunuh pada akhir siang hari pada hari tersebut. Merekalah orang-orang yang telah Allah sebutkan dalam Kitab-Nya. [Riwayat Ibn Jarir, Ibn Abi Hatim dalam al-Tafsir, al-Ta'ei Abu al-Futuh dalam al-Arba'in Fi Irshad al-Sa'irin. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 2783, 5461]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman