Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Manusia manakah yang paling lapar?

Teks Bahasa Arab

أي الناس أجوع؟ قال: طالبُ العلمِ. قال: فأيهم أشبع؟ قال: الَّذي لا يَبتغيهِ.

Teks Bahasa Melayu

Manusia manakah yang paling lapar? Baginda menjawab: Penuntut ilmu. Orang itu bertanya lagi: Siapakah dalam kalangan mereka yang paling kenyang? Baginda menjawab: Orang yang tidak mencari ilmu.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1233, hadis no. 6279. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: سئل النبي صلى الله عليه وسلم: أي الناس أجوع؟ قال: طالب العلم. قال: فأيهم أشبع؟ قال: الذي لا يبتغيه. [ابن حبان في ((المجروحين))، أبو نعيم في ((أخبار أصبهان))، فر، ((الضعيفة)) (820)]

(Palsu) Daripada Ibn 'Umar RA, katanya: Nabi SAW ditanya berkenaan manusia manakah yang paling lapar? Baginda menjawab: Penuntut ilmu. Orang itu bertanya lagi: Siapakah dalam kalangan mereka yang paling kenyang? Baginda menjawab: Orang yang tidak mencari ilmu. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Majruhin, Abu Nu'aim dalam Akhbar Asbahan, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 820].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.