Manusia manakah yang paling kaya?

TEKS BAHASA ARAB

أي الناس أغنى؟ قالوا: أبو سفيان، وقال آخر: عبد الرحمن بن عوف، وقال آخر: عثمان بن عفان، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا ولكن أغنى الناس حملة القرآن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Manusia manakah yang paling kaya? Mereka menjawab: Abu Sufyan, dan yang lain menjawab: Abd al-Rahman bin ‘Awf, ada juga yang menjawab: Uthman bin ‘Affan, lalu Rasulullah SAW pun bersabda: Tidak! Namun, manusia paling kaya adalah orang yang membawa (menghafal dan mengamalkan) al-Qur’an.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1424, hadis nombor 7233. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن الحسن، قال: أتيت أبا ذر بالربذة، فأنشأ يحدث عن النبي ﷺ أنه قال لأصحابه: أي الناس أغنى؟ قالوا: أبو سفيان، وقال آخر: عبد الرحمن بن عوف، وقال آخر: عثمان بن عفان، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا ولكن أغنى الناس حملة القرآن.
[ابن عبد الهادي في ((هداية الإنسان))، ((الضعيفة)) (1646)]

(Lemah)
Daripada al-Hasan, katanya: Aku pernah mendatangi Abu Zar di Rabazah, lalu Abu Zar mula menceritakan daripada Nabi SAW bahawa Baginda bersabda kepada para sahabat Baginda: Manusia manakah yang paling kaya? Mereka menjawab: Abu Sufyan, dan yang lain menjawab: Abd al-Rahman bin ‘Awf, ada juga yang menjawab: Uthman bin ‘Affan, lalu Rasulullah SAW pun bersabda: Tidak! Namun, manusia paling kaya adalah orang yang membawa (menghafal dan mengamalkan) al-Qur’an.
[Riwayat Ibn 'Abd al-Hadi dalam Hidayah al-Insan. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1646]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs