Manusia lebih mirip dengan zaman mereka

TEKS BAHASA ARAB

حديث: الناس بزمانهم أشبه منهم بآبائهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Manusia lebih mirip dengan zaman mereka berbanding dengan bapa-bapa mereka.

STATUS

Tiada Dalam Hadith Marfu’

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 208, hadis nombor 653. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ليس في المرفوع.

Tiada dalam hadith marfu (yang disandarkan kepada Nabi SAW).

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs