Manusia itu umpama gigi-gigi sikat

TEKS BAHASA ARAB

الناس كأسنان المشط، وإنما يتفاضلون بالعافية والمرء كثير بأخيه، يرفده ويحمله، ولا خير في صحبة من لا يرى مثل ما ترى له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Manusia itu umpama gigi-gigi sikat, dan sesungguhnya mereka saling mempunyai kelebihan disebabkan ‘afiyah (kesihatan atau kesejahteraan). Seseorang itu menjadi ramai dengan saudaranya yang mana dia saling menyokong serta menanggung kesusahan bersama dan tidak ada kebaikan pada persahabatan dengan seseorang yang tidak memandangmu seperti mana kamu memandangnya.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 177, hadis nombor 901. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – مرفوعاً: الناس كأسنان المشط، وإنما يتفاضلون بالعافية، والمرء كثير بأخيه يرفده ويحمله، ولا خير في صحبة من لا يرى لك مثل ما ترى له.
[عد،((الضعيفة)) (٥٩٦)]

(Sangat Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) Manusia itu umpama gigi-gigi sikat, dan sesungguhnya mereka saling mempunyai kelebihan disebabkan ‘afiyah (kesihatan atau kesejahteraan). Seseorang itu menjadi ramai dengan saudaranya yang mana dia saling menyokong serta menanggung kesusahan bersama dan tidak ada kebaikan pada persahabatan dengan seseorang yang tidak memandangmu seperti mana kamu memandangnya.
[Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 596]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs