Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
النَّاسُ كأسنانِ المشطِ، وإنَّما يتَفاضلونَ بالعافيةِ والمرءُ كثيرٌ بأخيهِ، يُرفِدُهُ ويَحمِلُهُ، ولا خيرَ في صحبةِ مَن لا يرى مثلَ ما ترى لَهُ.
Teks Bahasa Melayu
Manusia itu umpama gigi-gigi sikat, dan sesungguhnya mereka saling mempunyai kelebihan disebabkan ‘afiyah (kesihatan atau kesejahteraan). Seseorang itu menjadi ramai dengan saudaranya yang mana dia saling menyokong serta menanggung kesusahan bersama dan tidak ada kebaikan pada persahabatan dengan seseorang yang tidak memandangmu seperti mana kamu memandangnya.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 177, hadis no. 901. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه - مرفوعاً: الناس كأسنان المشط، وإنما يتفاضلون بالعافية، والمرء كثير بأخيه يرفده ويحمله، ولا خير في صحبة من لا يرى لك مثل ما ترى له. [عد،((الضعيفة)) (٥٩٦)]
(Terlalu Daif) Daripada Anas bin Malik RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW) Manusia itu umpama gigi-gigi sikat, dan sesungguhnya mereka saling mempunyai kelebihan disebabkan ‘afiyah (kesihatan atau kesejahteraan). Seseorang itu menjadi ramai dengan saudaranya yang mana dia saling menyokong serta menanggung kesusahan bersama dan tidak ada kebaikan pada persahabatan dengan seseorang yang tidak memandangmu seperti mana kamu memandangnya. [Riwayat Ibn 'Adi dalam al-Kamil fi al-Du’afa’. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 596]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman