Manusia itu dua golongan, iaitu orang alim dan orang yang belajar

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الناس رجلان: عالم ومتعلم، ولا خير فيما سواهما.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Manusia itu dua golongan, iaitu orang alim dan orang yang belajar, tidak ada kebaikan pada selain dua golongan itu.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1289, hadis nombor 6596. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الناس رجلان: عالم ومتعلم، ولا خير فيما سواهما.
[طب، حل، ((الضعيفة)) (5226)]

(Palsu)
Daripada ‘Abdillah bin Mas’ud RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Manusia itu dua golongan, iaitu orang alim dan orang yang belajar, tidak ada kebaikan pada selain dua golongan itu.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5226]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.