Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الناسُ رجلانِ: عالمٌ ومُتَعَلِّمٌ، ولا خيرَ فيما سِواهما.
Teks Bahasa Melayu
Manusia itu dua golongan, iaitu orang alim dan orang yang belajar, tidak ada kebaikan pada selain dua golongan itu.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Mas'ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1289, hadis no. 6596. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: الناس رجلان: عالم ومتعلم، ولا خير فيما سواهما. [طب، حل، ((الضعيفة)) (5226)]
(Palsu) Daripada 'Abdillah bin Mas'ud RA, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Manusia itu dua golongan, iaitu orang alim dan orang yang belajar, tidak ada kebaikan pada selain dua golongan itu. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir, Abu Nu'aim dalam Hilyah al-Awliya'. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5226]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman