Tiada Dalam hadis Marfu'
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: النَّاس نيام، فَإِذا مَاتُوا انتبهوا.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Manusia itu dalam keadaan tidur, apabila mereka mati barulah mereka tersedar.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Tiada Dalam hadis Marfu'
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 208, hadis no. 656. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ليس في المرفوع.
Tiada dalam hadis marfu (yang disandarkan kepada Nabi SAW).
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman