Manusia itu adalah anak-anak ‘Allāt (sebapa), seperti gigi-gigi sikat yang selari

TEKS BAHASA ARAB

الناس أبناء علات كأسنان المشط سواء، وإنما يتفاضلون بالعافية، والمرء كثير بأخيه، ولا خير فيمن لا يرى لك عليه من الحق مثل الذي ترى له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Semua manusia itu adalah anak-anak ‘Allāt (sebapa), seperti gigi-gigi sikat yang selari. Sesungguhnya mereka saling melebihi (antara satu sama lain) disebabkan (kelebihan masing-masing). Dan seseorang itu menjadi ramai dengan saudaranya. Tidak ada kebaikan bagi seseorang yang tidak melihat bagimu ke atasnya daripada hak, sebagaimana yang kamu melihat baginya (haknya ke atas dirimu).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 59 – 60, hadis nombor 263. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سهل بن سعد – رضي الله عنه – مرفوعا: ((الناس أبناء علات كأسنان المشط سواء، وإنما يتفاضلون بالعافية، والمرء كثير بأخيه، ولا خير فيمن لا يرى لك عليه من الحق مثل الذي ترى له)). [أبو بكر الشيروي في ((العوالي الصحاح))، ((الضعيفة)) (3158)].

(Lemah)
Daripada Sahl ibn Sa‘d RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Semua manusia itu adalah anak-anak ‘Allāt (sebapa), seperti gigi-gigi sikat yang selari. Sesungguhnya mereka saling melebihi (antara satu sama lain) disebabkan (kelebihan masing-masing). Dan seseorang itu menjadi ramai dengan saudaranya. Tidak ada kebaikan bagi seseorang yang tidak melihat bagimu ke atasnya daripada hak, sebagaimana yang kamu melihat baginya (haknya ke atas dirimu).))
[Riwayat Abū Bakr al-Shīrawī dalam al-‘Awālī al-Ṣiḥāḥ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3158].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.