Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
الناسُ أبناءُ عَلاَّتٍ كأسنانِ المُشْطِ سواءٌ، وإنَّما يَتفاضلون بالعافيةِ، والمَرءُ كثيرٌ بأخيه، ولا خيرَ فيمن لا يرى لك عليه مِنَ الحَقِّ مثلَ الذي تَرَى لَه.
Teks Bahasa Melayu
Semua manusia itu adalah anak-anak ‘Allāt (sebapa), seperti gigi-gigi sikat yang selari. Sesungguhnya mereka saling melebihi (antara satu sama lain) disebabkan (kelebihan masing-masing). Dan seseorang itu menjadi ramai dengan saudaranya. Tidak ada kebaikan bagi seseorang yang tidak melihat bagimu ke atasnya daripada hak, sebagaimana yang kamu melihat baginya (haknya ke atas dirimu).
Sahabat Perawi
- Sahl bin Sa‘d RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 59 - 60, hadis no. 263. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سهل بن سعد - رضي الله عنه - مرفوعا: ((الناس أبناء علات كأسنان المشط سواء، وإنما يتفاضلون بالعافية، والمرء كثير بأخيه، ولا خير فيمن لا يرى لك عليه من الحق مثل الذي ترى له)). [أبو بكر الشيروي في ((العوالي الصحاح))، ((الضعيفة)) (3158)].
(Daif) Daripada Sahl ibn Sa‘d RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Semua manusia itu adalah anak-anak ‘Allāt (sebapa), seperti gigi-gigi sikat yang selari. Sesungguhnya mereka saling melebihi (antara satu sama lain) disebabkan (kelebihan masing-masing). Dan seseorang itu menjadi ramai dengan saudaranya. Tidak ada kebaikan bagi seseorang yang tidak melihat bagimu ke atasnya daripada hak, sebagaimana yang kamu melihat baginya (haknya ke atas dirimu).)) [Riwayat Abū Bakr al-Shīrawī dalam al-‘Awālī al-Ṣiḥāḥ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3158].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman