Manusia itu ada tiga keadaan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

الناس ثلاثة: سالم، وغانم، وشاجب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Manusia itu ada tiga keadaan: Seseorang yang selamat dari dosa (diam), seseorang yang mendapat ganjaran pahala (mengajak kepada kebaikan), serta seseorang yang binasa lagi mendapat dosa (membantu perkara zalim).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 197, hadis nombor 1019. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عقبة بن عامر وأبي سعيد – رضي الله عنهما -، مرفوعا: ((الناس ثلاثة: سالم، وغانم، وشاجب)). [ع، حم، طب، ((الضعيفة)) (2128)]

(Lemah)
Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir dan Abi Sa’id RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Manusia itu ada tiga keadaan: Seseorang yang selamat dari dosa (diam), seseorang yang mendapat ganjaran pahala (mengajak kepada kebaikan), serta seseorang yang binasa lagi mendapat dosa (membantu perkara zalim).
[Riwayat Abi Ya’la dalam Musnad beliau, Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2128]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.