Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
النَّاسُ ثَلاثَةٌ: سالِمٌ، وغانِمٌ، وشاجِبٌ.
Teks Bahasa Melayu
Manusia itu ada tiga keadaan: Seseorang yang selamat dari dosa (diam), seseorang yang mendapat ganjaran pahala (mengajak kepada kebaikan), serta seseorang yang binasa lagi mendapat dosa (membantu perkara zalim).
Sahabat Perawi
- Abi Sa’id RA
- ‘Uqbah bin ‘Amir
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 197, hadis no. 1019. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عقبة بن عامر وأبي سعيد - رضي الله عنهما -، مرفوعا: ((الناس ثلاثة: سالم، وغانم، وشاجب)). [ع، حم، طب، ((الضعيفة)) (2128)]
(Daif) Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir dan Abi Sa’id RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Manusia itu ada tiga keadaan: Seseorang yang selamat dari dosa (diam), seseorang yang mendapat ganjaran pahala (mengajak kepada kebaikan), serta seseorang yang binasa lagi mendapat dosa (membantu perkara zalim). [Riwayat Abi Ya'la dalam Musnad beliau, Ahmad bin Hanbal dalam Musnad beliau dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 2128]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman