Manusia hadir menyaksikannya hari itu: Iaitu hari Arafah dan hari Jumaat

TEKS BAHASA ARAB

الشاهد: يوم عرفة ويوم جمعة، والمشهود: هو الموعود يوم القيامة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Manusia hadir menyaksikannya hari itu: Iaitu hari Arafah dan hari Jumaat, dan hari yang dipersaksikan: Iaitu yang dijanjikan ialah hari kiamat kelak.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1842, hadis nombor 9291. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- موقوفا ومرفوعا: ((الشاهد: يوم عرفة ويوم جمعة، والمشهود: هو الموعود يوم القيامة)). [ك، هق، ((الضعيفة)) (٣٧٥٤)]

(Lemah) Daripada Abū Hurayrah RA (secara mawquf dan marfū’): Manusia hadir menyaksikannya hari itu: Iaitu hari Arafah dan hari Jumaat, dan hari yang dipersaksikan: Iaitu yang dijanjikan ialah hari kiamat kelak. [Riwayat al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, al-Bayhaqī dalam al-Sunan al-Kubrā. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3754]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs